"Musuh Anda tidaklah selalu bersenjata atau seorang prajurit. Tidak selalu eksternal, tidak selalu tampak. Kadangkala ia adalah: sebuah sistem, emosi, pikiran, hak milik, cara hidup, cara bekerja, jalan berpikir, alat bekerja, dalam bentukproduktivitas, sejenis konsumsi, keudayaan, kolonialisme budaya, penipuan agama, eksploitasi kelas, media massa. Terkadang birokrasi, teknokrasi dan otomisasi, patriotisme, nasionalisme atau rasisme, egotisme NAZI, penambang emas, kaum borjuis atau cinta ancaman militer. Terkadang pemujaan kesenangan, pemujaan epikurianisme (kesenangan inderawi), pemujaan idealisme subjektif atau materialisme objektif..."
- aktivis Himpunan Mahasiswa Islam (Indonesia) - MPO -
Media Massa sebagai Medium Dakwah; Refleksi Pengalaman di Turki
oleh : Mohd Mujahedd Mohd Nasir
Media massa mempunyai peranan strategis dalam pembentukan masyarakat, kerana bukan sahaja mampu menembusi bilik-bilik rumah malah mampu menerobos minda manusia tanpa mengenal siapakah pemiliknya. Media massa juga boleh di konotasikan sebagai medium yang acap muncul membatasi masa seharian. Namun begitu, media massa yang berselerakkan pada hari ini belum tentu menyebarkan informasi yang tepat, seringkali saja terjadi media digunakan untuk menyebarkan informasi yang telah dibobrokkan. Mungkin kerana perihal ini menyebabkan Alfin Toffler mengatakan bahawa media adalah "The Highest Q
uality of Power". Sehingga perang media mempunyai posisi istimewa di dalam perang pemikiran.
Penulis bersama Pengerusi Global Peace Mission (GPM) beserta dua sukarelawan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) sempat berkunjung ke beberapa buah pusat penyebaran media di Turki semasa melakukan ziarah di sana baru-baru ini. Porgram yang dinamakan Kembara Turki ini merupakan anjuran bersama Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) dengan Global Peace Mission (GPM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selain mendapat kerjasama dari The Society for Social and Economic Solidarity with Pacific Countries (PASIAD). GPTD telah menjadikan Turki sebagai salah satu bidang kajiannya.
Semasa di Turki, kami sempat mengunjungi hampir semua agensi dakwah yang tercermin dari aliran pemikiran Said Nursi. Antara pemikiran futuristik beliau yang berjaya diketengahkan adalah berdakwah melalui media dan pendidikan. Maka tidak hairanlah badan dakwah aliran ini mempunyai syarikat TV Samanyolu, akhbar harian Zaman, stesen radio Burg FM dan pusat penterjemahan yang bertanggungjawab melebarkan jalur dakwah di sana.
Peranan dan Fungsi Media
Hakikat media a
dalah sebagai alat yang mampu mempengaruhi pandangan sarwa, membentuk peribadi dan meransang nurani terhadap sesuatu isu bukan satu pandangan yang wajar ditolak. Justeru kerana fungsinya yang luas sebagai penyalur maklumat yang berkesan, penyampai berita yang mutahir, siaran cerita-cerita yang membuat terharu mahupun hiburan dan lelucon membuat tersenyum bahkan sekaligus berperanan dalam mendidik masyarakat. Inilah kuasa penyebaran media khususnya penyiaran dan multimedia dalam memupuk pembinaan tamadun bangsa.
Tetapi jika santapan media itu bersifat carca marba dan destruktif dengan konsep tahyul, aksi ganas dan melampau serta hedonistik pasti memberikan dampak negatif dalam corak pemikiran dan identiti Islam dan umatnya. Umum mengetahui media mempunyai pengaruh yang besar dalam membentu
k baik dan buruknya pola fikir umat.
Justeru itu, media yang Islami bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan membentuk nilai budaya yang semakin terhakis dengan produk media acuan barat. Bahkan mesti bertunjang kepada konsep tauhidi serta bersifat progesif, kotemporari, proaktif, kompetitif, informatif serta interaktif tetapi objektif dalam menyampaikan mesej-mesej dakwah sekaligus dapat menambat hati penonton. Atau dengan kata lain, media Islami harus mampu menyorot serta menyebarkan fragmen-fregmen idealogi bukan hanya sekadar mencermin realiti sosial, melainkan lebih jauh iaitu menciptakan realiti sosial yang Islami.
Media Dalam Era Persaingan Globalisasi
Tanpa di sedari, dunia sedang berada pada alaf 21 - era persaingan global yang menampilkan babak-babak baru dalam sejarah perkembangan peradaban manusia. Sebagai medium yang sangat responsif kepada tuntutan zaman dan cabaran lingkungan, media yang Islami tidak terlepas dengan pendekatan media yang berbentuk informasi dan hiburan yang menjadi pilihan arus perdana kini. Justeru, di zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini memerlukan perisai ilmu dan iman bagi menuras segala informasi dan maklumat supaya tidak banyak rancangan yang destruktif menjadi santapan wajib audien.
Sebabnya, pengalaman di Turki menyaksikan pelbagai channel dan makanisme lain yang menyiarkan rancangan dan informasi tanpa saringan dan penapisan yang sewajarnya. Tanpa persiapan seampuhnya, generasi kelak bakal merupakan generasi yang dhaif dan naif yang tidak mampu berdepan dengan arus deras globalisasi dan revolusi maklumat yang kini berada di tahap full-impact.
Dunia kini juga sedang menyaksikan bagaimana tusukan revolusi ini telah melanda dengan membawanya bersama satu konsep baru dalam industri hiburan kita. Hiburan berbentuk pertunjukan realiti (reality show) seperti 'Simple Life' sudah menampa
kkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat di negara kita. Realitinya, demam ini bukan sahaja melanda generasi muda yang merupakan pelanggan utama produk ciptaan Barat ini, tetapi turut mendapat sokongan daripada ibu bapa dan golongan dewasa. Agenda rakyat untuk melahirkan bintang penghibur ini turut menjadi suatu fenomena baru dalam masyarakat. Bukan sekadar diminta menjadi penonton setia, rakyat Malaysia hari ini juga diberikan amanah dan tanggungjawab baru iaitu memberi undi SMS kepada bakal-bakal bintang ini. Hakikatnya, lebih ramai yang berminat memberi undi SMS ini berbanding sejumlah kecil sahaja yang menderma untuk bantuan kemanusiaan.
Kesedian dan kerelaan ini, secara sedar atau tidak akan membuka seluas-luasnya ruang kepada penjajahan minda dalam bentuknya yang lebih opresif dan merosakkan. Prof. Syed Hussein al-Attas pula menyifatkannya sebagai penyakit perhambaan mentaliti (the captive mind) yang menghambat kemajuan umat. Sekiranya kemasukan unsur-unsur pemikiran asing yang negative ini tidak dituras, kita akan terus terbelenggu dan terperangkap dengan imperialisme budaya yang bakal menghakis jati diri generasi muda.
Media Dakwah
Sejalan dengan pengertian dari kalamullah yang tersurat dalam ayat 125 dari Surah al-Nahl yang bermaksud " Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui
tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." Maka usaha dakwah juga wajib hadir di media arus perdana.
Tidak dinafikan usaha untuk dakwah dan media disinergikan dapat memberikan impak yang besar dalam mengembang misi dakwah. Namun ia memerlukan sokongan dan perhatian dari semua pihak dengan lebih serius. Hanya dengan rasa tanggungjawab sosial yang tinggi sahaja mampu menterjemahkan media massa menjadi sarana dakwah yang efisien.
Justeru itu, media massa seharusnya menampil dan menyiarkan lebih banyak program-program ilmiah yang berlandaskan syariat supaya dapat mendidik minda dan nurani umat. Agar pembinaan masyarakat sivil berasaskan sahsiah yang terpuji dapat dikecapi di negara maju (hadhari).
Dalam merealisasikan agenda besar ini, media Islami juga harus berperanan bukan sahaja menyebarkan dakwah di kalangan Islam bahkan melebarkan dakwah di kalangan bukan Islam. Selain dapat mengubah pandangan sarwa golongan bukan Islam yang kian tercemar dengan dakyah Barat, ianya mampu menarik minat golongan bukan Islam untuk mengenali dan mendekati pengajaran Islam yang sebenar dan sekaligus da
pat berkongsi rasa keislaman tersebut.
Lantaran kerana mahukan penyampaian dakwah dengan berkesan di media, tenaga kepakaran dan terlatih harus dibangunkan dalam bidang media penyiaran dan komunikasi massa. Usaha ini perlu bagi memastikan kesempurnaan penyampaian dan dapat menghasilkan produk media yang Islamik.
Secara tuntas, media massa yang membawa agenda dakwah harus ditatang seutuhnya. Penyertaan dari pelbagai pihak dipandang serius dalam menjayakan agenda informasi dakwah Islami. Turki telah membuktikan media massanya mampu bersaing secara kompetitif gerakan arus perdana. Adalah menjadi harapan supaya rancangan berbentuk Islam dapat diperbanyak dan mampu menyaingi rancangan-rancangan lain yang berbentuk hiburan hedonistik.