datang, aku datang kepada rumi
Datang, Aku Datang Kepada Rumi... Seperti helang aku datang,
bukan dari Khurasan, tapi lebih jauh
dan aku lihat puncak-puncak gunung
konalim mi? Kon Ya! Guru kami, beri salamaku datang aku datang
separuh dari jiwaku adalah pencinta
separuh lagi akanku cucikan dari dosa-dosa
dengan air dari
cesme direndam dengan sarik mudan kuminum, teguk sepuasnya dari nisantasihingga terang hati ini dengan cahaya cinta.Guru kami, beri salam
izinkan aku membaca pelajaran-pelajaran
cinta
dua puluh ribu
mathnawitak pernah cukupaku fikir ade rahsia lain kau sembunyikan
di celah-celah taman Meram
takku temui di musim sejuk
aku datang, aku datang
kau yang mengundang
aku datang bukan sebagai penyembah api
bukan sebagai kafir yang tak bertemu Cinta
bahkan sebagai pemula
terimalah aku guru sebagai muridmu
di dalam lelapku malam ini
supaya aku betul faham Mathnawi.
Aku datang aku datang
sebagai pemula
tak tahju bermain
ney atau calpara tetapi ghairah untuk belajar tentang cintakerana makammu bukan di sini
tetapi dalam hati penuntut dan penziarah
aku datang aku datang
sebagai pemungkir janji, ratus kali
tetapi masih mahu belajar
terima kasih kerana mengundang
dan mengajar cinta ada dalam semua warna
terkandung dalam semua bahasa
meski tidak ada kata-kata dapat
mengungkap
Keajaiban-Nya.
Guru kami,
aku pernah cuba menyusun kamus cinta
setiap patah kalimat akan punya Makna
tetapi dakwatku cair padam dan
lidahku takut lecur terbakar
sepertimu aku tak dapat menerangkan
biar beribu kali aku memikirkannya.
Sang pencinta
mesti belajar mengalirkan air mata
taubatnya Adam sungguh-sungguh
memadamkan
segala keburukan
membawa cahaya kehidupan
Sang pencinta
setiap detik hidupku telah diseksa Tuhan
hingga pernah aku letih
tetapi cepat tersedar
aku pun tahu Tuhan memang meminta aku
rasa derita
supaya air mata menjadi mutiara
supaya ia tak kenal sejuk musim salju
supaya ia tak juga terhibur di musim bunga
ia tidak bermusim
derita tidak bermusim
bahagia sepanjang musim.
Sang pencinta,
aku datang sebagai pemula
seperti yang lain aku cepat terpesona
dan bukan aku tak mahu mengerti tanyamu
mengapa tak kau cinta dia sesudah matinya?
maafkan aku, si pemungkir janji
aku akan belajar Cinta di sebalik cinta
lambat-lambat kerana belum tiba sepertimu
kehilangan matahari kehilangan lagi merana berkali-kalibaru belajar tentang cinta iblis penuh rasa
tinggi diri dan sombong, berasa iri kepada
Adam, hanya mahu cinta Cinta untuknya
seorang
moga jauhi aku dari cinta penuh kutukan.
Guru kami,
betapa aku belajar setengah impianku
terkabul
separuh lagi tak Kau makbul
hingga aku kecewa entah berapa kali
sampai aku hampa terlalu banyak kali
supaya aku tak memikirkan lagi
apa pun harapan kerana rajukku
supaya aku izinkan Kau memujukku
supaya aku hanya memuja Cintamu.
Cinta, cinta
adalah penyembuh
Cinta, cinta adalah anugerah.
Guru kami,
ajarkanku satu-satu
aku pemula yang lambat
Cinta membebaskanku
Cinta meranapkan impianku
Cinta tak buat aku lagi memikirkan
tersalah dapur hingga meracunkan
Cinta seperti cahaya
datang dari mulut-Mu, membalutku
dan harus berteman untuk memahamkan
aku tentang Cintamu
izinkan aku mencintai emirku
juga pemain ney itu.
Sang pencinta,
aku datang untuk mengebumikan hatiku
bukan di sisi jasadmu
tapi dalam pelajaran cintamu
aku datang, aku datang
kau yang mengundang
aku datang setelah mengkianati ratus janji
aku akan datang lagi
mencari -
bukan di taman-taman Meram
atau pada alun muzik mendayu
pada butir tasbih atau rajut sejadah
aku datang, aku datang
untuk bermula
barangkali aku nanti tak ke mana
tapi Cinta akan memimpinku
lambat-lambat pun tak mengapa
akanku simpan ia jadi rahsia
bila aku menemuinya
seperti si haus meneguk air dan
air akan memuaskan si dahaga
Faisal Tehrani