::Yelderin Territory::sebuah blog, suatu pendokumentasian, seorang pengarang, berjuta-juta kata dan hanya satu idea: kebebasan berfikir Islami:: <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/10133702?origin\x3dhttp://mujahed-madani.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

yelderin territory
It's nice to be different...

Aku bukan mahu menjadi kunang-kunang, sekadar menyeri kedam kelam, biar menjadi andang juang bintang @ rembulan,bisa menyinari alam malam, kendati ke dalam dada bumi yang penuh onak duri...

::Pesan terakhir :
Setitis tinta bisa mengubah minda sejuta manusia...
::Design with YeLDeRiN...
::Jaringan Utama::
  • ABIM
  • PKPIM
  • JIM
  • HMI
  • PII
  • GPTD
  • GpM
  • Jurnal


  • ::aWaL KaLaM::
    Image hosted by Photobucket.com


    Sebuah blog, suatu pendokumentasian, seorang pengarang, berjuta-juta kata dan hanya satu idea: kebebasan berfikir Islami di angkat menjadi tema besar blog yang bersifat NGI (Non Govermental Individual) ini. Penulis hanya berhasrat menjadikan blog ini sebagai tempat untuk mendokumenkan pendapat, luah rasa, pengalaman dan wadah berkongsi ilmu. Sesungguhnya penulisan di dalam blog ini merupakan pendapat peribadi penulis tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak atau organisasi.
    ::iNFoRMaSi TeRKiNi::







    Image hosted by Photobucket.com
  • Utusan
  • Berita Harian
  • The Star
  • Nst
  • Malaysia-Today
  • Harakah
  • AlJazeera
  • Cnn
  • World News


  • ::PaRa BLogGeR::
    Image hosted by Photobucket.com
    ...bLoG oRGaNiSaSi...

  • Gptd
  • SiSMa
  • PekKa
  • KeRiS GpTd
  • GpTd : Turkiye
  • aBiM MeSiR
  • iKaTaN

    ...bLoG-iNdiViDuaL...
  • AzWiRaLbHuHaiRi
  • k-RoLL
  • SaHaL FiKRi
  • HiLMi MaDaNi
  • NoiR KuDuS
  • DeLiaNuR
  • SaiFuLLaH
  • aLoNg
  • trancendence
  • SaNg aWaNa
  • PeMiKiR
  • StRidZ
  • bLaNkuRt
  • tekong
  • k-own
  • alFaiSal
  • LiyaNa
  • SaBau
  • SyeD
  • aM
  • SeLanGkaH


  • ::aGaK MeNaRiK::
    Image hosted by Photobucket.com

  • iYc
  • PaLeSTiN KiNi
  • HaRuN YaHYa
  • aRtiSLaMiC
  • iM
  • dR. CiNTa
  • SiFoO
  • UmMaH oNLiNe
  • MiNDa MaDaNi

  • Thursday, December 22, 2005
    kisah lama tentang TAULADAN
    kisah lama tentang TAULADAN

    Sewaktu saya mengemas kini data-data di dalam komputer riba, saya terserempak dengan artikel purba saya tentang "Tauladan untuk Pemimpin." Seingat saya, artikel ini saya karang untuk menyedarkan beberapa pemimpin yang tidak sanggup menukar jiwa dan kesedaran mereka walaupun terpaksa berpura-pura, mengamalkan takiyyah (baca:bohong sunat bagi terjemahan kampungan!). Selamat membaca, selamat mengenang masalah klasik yang tidak pernah surut!



    Dari kecil kita diajar, ranting-ranting kayu yang diikat secekak payah untuk dipatahkan. Hanya apabila ianya dirungkai, barulah usaha itu menjadi mudah. Lantas, apa bezanya dengan gerakan Islam? Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

    Itu resam alam yang harus menjadi teladan kepada gerakan yang masih hijau seperti kita, yang
    menagih sokongan massa dan mesti membuktikan bahawa apa yang kita bawa itu adalah sebenar-benarnya gerakan Islam.

    Indonesia mengajar kita bahawa Islah mampu untuk membawa angin perubahan dan udara nyaman kebebasan. Tetapi Indonesia juga menunjukkan bahawa pembaharuan akan terencat bila penjana dan penggerak Islah bercemperai dan bercakaran.

    Malah, Filipina sesudah Marcos, Korea Selatan sesudah Chun Doo Hwan dan banyak lagi negara, turut mengalami masalah yang sama. Islah (perubahan) berjaya bertatih, tapi gagal berlari.

    Bila pujangga Indonesia E'ep Saifulloh Fathah mengingatkan kita bahawa perubahan hanya akan terdiri oleh saf yang tersusun, bukannya kerumunan yang bertempiaran, kita wajar mengambil peduli kata-kata hikmat itu.

    Kita di MMU, malah gerakan Islam secara keseluruhannya, harus belajar bahawa disiplin yang kukuh boleh memacu kita ke puncak kejayaan.

    Sebaliknya, jika kita lebih suka memalu dada dan bertengkar, perubahan akan meninggalkan kita. Lantas jadilah kita umpama Lebai Malang yang tercicir kendongannya, selain gagal menangkap apa yang dikejar.

    Disiplin amat penting dalam gerakan, terutama gerakan yang bersifat islamis. Dalam era media massa serba canggih, imej dan persepsi mencorakkan kecenderungan patisipasi masyarakat. Kita harus dilihat sebagai gerakan yang gigih menghadapi tekanan luaran yang mendesak, ampuh bila kita dicantas dan dihumban ke dalam lembah kehamparan, matang bila kita berdialog atas perbezaan pendapat dan kukuh bila kita dipanggil membuktikan perpaduan yang kita laung-laungkan.

    Sebenarnya, saf kitalah yang lebih perlu mentaati disiplin. Kerapkali, gerakan Islam setahun jagung seperti kita hancur kerana tidak ada wahdatul qalb (kesatuan hati) yang menyebabkan kita hilang wahdatul amal (kesatuan tindakan). Sebab itu kita perlu memahami adabul khilaf supaya tidak timbul berbagai isu yang membawa kerugian kepada pihak kita sendiri.

    Kita juga harus belajar adab mengkritik dan memberi teguran dan adab menerima kritikan dan
    teguran. Pernah, bekas mufti Saudi Almarhum Sheikh Bin Baz ditanya, "apakah kamu tidak menegur kesalahan pemimpin kamu?". Jawab Bin Baz, "jikalau aku tidak menegur, kamu tidak akan tahu; dan jika aku menegur, kamu juga tidak akan tahu."

    Sebab itu, pendokong risalah nabawi mestilah memerlukan persiapan iman sebagai benteng asas serta kemampuan ilmu dan kegigihan tenaga. Dalam konteks persatuan, perlu dijalin ikatan ukhwah: disiplin menurut saf teratur: seolah-olah kita berada dalam medan pertempuran (bunyan marsus).

    ...DeMi MaSa yang menyaksikan!...

    ...BaCaLaH...
    Image hosting by Photobucket

    Ziarah ke Timur

    Md. Salleh Yaapar dengan jelas memaparkan pertimbangan kritis tentang unsur-unsur dan aspek-aspek teori dan metodologi kesusasteraan yang umumnya dikembangkan dalam konteks peradaban Barat moden dan pascamoden yang disogokkan ke atas kesusasteraan tempatan. Selari dengan itu, buku ini juga menampilkan dengan tegas undur-unsur teori dan metodologi kesusasteraan yang lebih berakar di bumi Timur dan yang lebih dirasakan kesesuaiannya untuk pemahaman dan penghayatan kesusasteraan daripada iklim yang sama.

    ...BuSa SuKMa...
    Image hosting by Photobucket

    -YeLDeRiN MuJaHeD-
    YELDERIN MUJAHED adalah nama pena kepada Mohd Mujahedd bin Mohd Nasir. Beliau dilahirkan pada 17 Mac 1985 bersamaan dengan 25 Jumaada al-Thaany 1405 di Hospital Besar Ipoh, Perak. Pada usia 18 tahun beliau melanjutkan pendidikan di kota bersejarah, Melaka.

    Sebagai seorang berbintang Pisces yang lahir di tahun ox menurut kalender Cina, Mujahed adalah seorang Pencari, bercita-cita tinggi, suka berkawan, pencinta seni dan pemikiran, suka berahsia, kadangkala suka bersendirian, berkeyakinan padu tetapi mempunyai kelemahan sukar menerima sesuatu perkara dengan mudah dan keras hati menurut mereka yang mahir.

    Ibu Mujahed ialah Khalidah Binti Yusof dan bertugas di FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority). Datuk beliau Yusof adalah berketurunan dari Bugis. Bapa Mujahed adalah Mohd Nasir bin Zakaria, berasal dari Telok Anson dan merupakan pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan Perak. Keluarga Mujahed sebelah bapa adalah besar, melebar hingga ke Batu Bara berketurunan Melayu Mandeling pada sebelah datuknya. Nenek dari sebelah bapanya berketurunan Raden Meka Terawih (Megat Terawis) berasal dari Pagar Ruyong dengan membawa nama keluarga Megat.

    YELDERIN MUJAHED mendapat pendidikan awal di Taski ABIM an-Nur Rahman, kemudian di Sekolah Kebangsaan Jelapang Perak, seterusnya di Sekolah Menengah Agama Ma'had al-Ummah sehingga ke Tingkatan Tiga. Lantaran kerana mahukan suasana berbeza, Mujahed meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Perak walaupun didesak oleh sebahagian gurunya supaya meneruskan pengajian di bidang agama.

    Mujahed kini menuntut di Universiti Multimedia (MMU) dalam bidang disiplin IT. Bercita-cita mahu meneruskan pendidikan di bidang disiplin Sains Politik pada peringkat sarjana.



    ...Lain Pantai, Lainlah Ombaknya...
    ...DeMi uMMaT...
    Image hosted by Photobucket.com

    Justeru kekurangan kerna takdir Tuhan, bantulah mereka - yang memerlukan.





    MaLaySia

    The WeatherPixie

    iSTanBuL-TuRKiYe

    The WeatherPixie


    Purun Harapan

    April 2005
    May 2005
    September 2005
    October 2005
    November 2005
    December 2005
    January 2006
    February 2006
    May 2006
    July 2006
    September 2006
    ::Copyright 2004
    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com