::Yelderin Territory::sebuah blog, suatu pendokumentasian, seorang pengarang, berjuta-juta kata dan hanya satu idea: kebebasan berfikir Islami:: <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/10133702?origin\x3dhttp://mujahed-madani.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

yelderin territory
It's nice to be different...

Aku bukan mahu menjadi kunang-kunang, sekadar menyeri kedam kelam, biar menjadi andang juang bintang @ rembulan,bisa menyinari alam malam, kendati ke dalam dada bumi yang penuh onak duri...

::Pesan terakhir :
Setitis tinta bisa mengubah minda sejuta manusia...
::Design with YeLDeRiN...
::Jaringan Utama::
  • ABIM
  • PKPIM
  • JIM
  • HMI
  • PII
  • GPTD
  • GpM
  • Jurnal


  • ::aWaL KaLaM::
    Image hosted by Photobucket.com


    Sebuah blog, suatu pendokumentasian, seorang pengarang, berjuta-juta kata dan hanya satu idea: kebebasan berfikir Islami di angkat menjadi tema besar blog yang bersifat NGI (Non Govermental Individual) ini. Penulis hanya berhasrat menjadikan blog ini sebagai tempat untuk mendokumenkan pendapat, luah rasa, pengalaman dan wadah berkongsi ilmu. Sesungguhnya penulisan di dalam blog ini merupakan pendapat peribadi penulis tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak atau organisasi.
    ::iNFoRMaSi TeRKiNi::







    Image hosted by Photobucket.com
  • Utusan
  • Berita Harian
  • The Star
  • Nst
  • Malaysia-Today
  • Harakah
  • AlJazeera
  • Cnn
  • World News


  • ::PaRa BLogGeR::
    Image hosted by Photobucket.com
    ...bLoG oRGaNiSaSi...

  • Gptd
  • SiSMa
  • PekKa
  • KeRiS GpTd
  • GpTd : Turkiye
  • aBiM MeSiR
  • iKaTaN

    ...bLoG-iNdiViDuaL...
  • AzWiRaLbHuHaiRi
  • k-RoLL
  • SaHaL FiKRi
  • HiLMi MaDaNi
  • NoiR KuDuS
  • DeLiaNuR
  • SaiFuLLaH
  • aLoNg
  • trancendence
  • SaNg aWaNa
  • PeMiKiR
  • StRidZ
  • bLaNkuRt
  • tekong
  • k-own
  • alFaiSal
  • LiyaNa
  • SaBau
  • SyeD
  • aM
  • SeLanGkaH


  • ::aGaK MeNaRiK::
    Image hosted by Photobucket.com

  • iYc
  • PaLeSTiN KiNi
  • HaRuN YaHYa
  • aRtiSLaMiC
  • iM
  • dR. CiNTa
  • SiFoO
  • UmMaH oNLiNe
  • MiNDa MaDaNi

  • Tuesday, December 27, 2005
    Kepemudaan dan Kearifan Fikiran
    Kepemudaan dan Kearifan Fikiran


    "Kepemudaan satu cabang dari kegilaan. "(Hadith Nabi SAW). Memang kegilaan itu ditakuti tetapi kadang-kadang kegilaan itu perlu untuk mengubah sejarah yang telah membeku. Revolusi yang besar-besar selalu dipelopori oleh kegilaan pemuda. Tetapi setelah babak pertama dan revolusi selesai, datanglah masanya memakai fikiran dan renungan yang timbul dari kearifan.

    Demikianlah salah satu daripada percikan pengalaman dan kata renungan budi yang dinukilkan oleh Prof. Dr. Hamka di dalam bukunya Lembaga Budi. Sememangnya generasi muda merupakan generasi terbaik untuk mengalami proses pembentukan mental, pembangunan sahsiah dan ketangkasan fizikal. Mereka memiliki potensi yang pelbagai dan kejayaan mencernanya dengan baik boleh menyumbang ke arah pembangunan sumber daya insan yang berkualiti.

    Sebagai natijahnya, keberkesanan di dalam mencanai sebaiknya segala kapasiti intektual, kekudusan rohani, keperkasaan jasmani dan kestabilan emosi akhirnya mampu melahirkan manusia berfungsi di tengah-tengah kecelaruan masyarakat masa kini. Buktinya, lihatlah betapa sejarah telah menyaksikan lahirnya ke dunia lautan anak-anak muda yang berjiwa besar lantas mewarnai ketamadunan manusia dengan kehebatan fikrah dan keutuhan perjuangan mereka.

    Siapa tidak pernah mendengar nama Muhammad bin Murad iaitu pemuda gagah dan berhati waja yang pada usia 23 tahun mampu mengepalai usaha menakhluki kota Konstantinapol pada hari Selasa 20 Jamadil Awwal 857 Hijrah bersamaan 29 Mei 1453 dan akhirnya dikenali sebagai Muhammad al-Fatih.

    Malah pastinya ramai yang ingin mencontohi Usamah bin Zaid, pemuda bersemangat besi waja yang di kala usia baru mencecah 18 tahun telah dilantik menjadi panglima perang untuk mengetuai satu ketumbukan tentera yang besar.


    PEMBANGUNAN INTELEKTUAL

    Generasi muda di negara ini merupakan kelompok terbesar yang mengisi ruang populasi dari jumlah keseluruhan kependudukan negara. Menurut statistik, dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada seramai 24 juta rakyat Malaysia adalah mereka yang berusia di antara 15 hingga 40 tahun. Kadar ini menunjukkan betapa generasi muda merupakan kelompok masyarakat yang memainkan peranan yang amat besar dan penting dalam menentukan jatuh bangunnya negara. Ini sekaligus membayangkan bahawa apa juga yang mereka lakukan atau berlaku ke atas mereka pastinya akan memberi implikasi kepada kemandirian negara.

    Justeru itu, pemikiran dan minda generasi muda masa kini perlu dicorak bagi memastikan kelangsungan pembangunan dan kemajuan negara. Kapasiti intelektual mereka perlu dijana semaksimanya. Di dalam membentuk model mithali generasi muda, anjakan paradigma diperlukan bagi membolehkan mereka memahami, menghayati dan mengamalkan kepentingan serta ketinggian falsafah ilmu. Budaya pembelajaran sepanjang hayat, cintakan ilmu dan budaya iqra' yang melibatkan proses mental yang tinggi hendaklah disemaikan dan diindoktrinasikan ke dalam minda pemuda-pemudi pewaris kebanggaan bangsa dan agama.

    Sehubungan dengan itu, langkah untuk menjadikan sistem pendidikan nasional bertaraf dunia dengan nilai dan etika wajar dijadikan sebagai agenda utama negara serta diletakkan sebagai misi trerpenting seluruh warga Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam ucapan persamiannya pada Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia 2004 menyatakan, "Pendidikan melambangkan sesuatu yang dapat membina pengetahuan, sikap dan potensi untuk berjaya dalam kehidupan. Kepada semua rakyat Malaysia, pendidikan mencerminkan sesuatu penetuan kepada kedudukan negara yang lebih tinggi dan kesejahteraannya. Justeru, apabila kita bertanya pada diri sendiri mengenai sistem pendidikan yang kita inginkan, kita sebenarnya mempersoalkan apa yang kita inginkan daripada generasi muda kita dan apa yang kita mahukan untuk negara kita."

    Maka, semua pihak khususnya generasi muda wajar bangkit sedar dan menyahut cabaran ini. Tentunya ini bukanlah tugas yang mudah untuk dilaksanakan. Namun sekiranya muda-mudi mempunyai semangat antusiasme yang tinggi, komitmen yang jitu dan keinginan yang membara, sudah tentu matlamat untuk menjadikan wacana keilmuan sebagai imej kendiri generasi muda mampu direalisasikan. Maka benarlah kata-kata Imam Syafie rah. a. yang menyatakan bahawa, "Kamu tidak akan memperolehi ilmu kecuali deangan enam syarat: kecerdasan, semangat waja, rajin dan tabah, berkemampuan, bersahabat dengan guru dan waktu yang lama."


    KEKUDUSAN ROHANI

    Selain daripada itu, keterbukaan minda generasi muda turut menuntut agar pandangan mereka tentang urusan kehidupan benar-benar berada dalam linkungan nilai-nilai Uluhiyyah dan Rububiyyah sebagaimana yang diajar oleh agama. Pembangunan intelektual yang tidak diiringi dengan kekudusan rohani akhirnya akan melahirkan robot-robot yang begitu bijak di dalam menganalisa segala pengkajian dan maklumat tetapi realitinya kosong dari segi kesarjanaan ilmu dan ketrampilan sahsiahnya.

    Generasi Islam pada zaman kegemilangannya digilap dengan ketinggian ilmu dan penghayatan budi sekaligus. Mereka maju kerana penguasaan pemikiran dan akhlaq mereka yang telah dibentuk berdasarkan ilmu-ilmu keagamaan dan ilmu-ilmu yang berasaskan pentaakulan dan kepintaran pengetahuan dalam asas sains dan teknologi. Lebih daripda itu, ini sebenarnya didorong oleh tema dan konsep yang terdapat dalam pengkajian mendalam mereka terhadap Al-Qur'an.

    Maka, tidak boleh tidak kekudusan rohani diperlukan di dalam pencarian model mithali buat generasi muda. Hikmah dan akhlaq Al-Qur'an yang suci murni serta lengkap lagi melengkapi wajar dicari dan digali sedalamnya serta disediakan pelantar moral yang sekukuhnya. Suri tauladan yang telah ditunjukkan oleh semulia-mulia manusia, Rasulullah SAW, para sahabat dan salafus-soleh hendaklah diserap sebaik-baiknya agar kemudiannya mampu menjirus sekaligus membilas hati nurani dan sanubari muda-mudi.

    Ironinya, bekalan terbaik buat generasi muda untuk menjadi cemerlang di dunia dan gemilang di Akhirat ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada Yang Maha Pencipta. Ini selaras dengan nasihat Luqman al-Hakim yang merupakan mutiara berharga untuk dijadikan pusaka bermakna dalam kehidupan insan. Katanya, "Sesungguhnya kehidupan kita ini ibarat sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah ramai manusia yang karam di dalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama taqwa, muatannya iman sedang layarnya pula adalah tawakkal kepada Allah."


    KEPERKASAAN JASMANI

    Prof. Dr. Hamka pernah menyatakan, "Kerapkali orang tua menyesali pemuda dan menuduhnya bekerja terburu-buru dan kurang fikir. Kerapkali orang muda menuduh orang tua lembap, lembap bertindak dan terlalu banyak berfikir. Alangkah sibuknya dunia kalau pimpinan hanya di tangan yang muda-muda. Dan dunia akan membosankan kerana lembap geraknya kalau pemimpin hanya yang tua-tua. Gabungan di antara gelora semangat yang muda dengan renung-fikiran yang tua itulah yang menimbulkan keseimbangan di dalam perjalanan hidup."

    Nah, cuba kita perhatikan betapa generasi muda diberi gambaran sebagai golongan yang bersemangat, cergas, cerdas, aktif dan bertenaga dalam gerak kerjanya. Bahkan sememangnya keperkasaan jasmani merupakan khazanah bernilai yang tida tolok bandingnya buat para pemuda. Kesihatan, ketegaran dan 'darah muda' yang dimiliki oleh mereka mampu menggoncang dunia sekiranya dipergunakan dengan strategi berkesan dan melalui manhaj yang benar.

    Walaubagaimanapun, di dalam dunia serba moden, sofistikated dan canggih dewasa ini, keperkasaan jasmani bukanlah segala-galanya. Sebaliknya, kekuatan jasadi dan ketegapan badani hanya perlu dimanipulasikan secermatnya untuk menghasilkan gerak kerja yang berkualiti tinggi dengan mengerah sedikit daya dan mencurah kudrat yang minima.

    Justeru itu, kepemudaan yang ada wajar dibina dan dilatih dengan intensif agar mampu menghasilkan sesuatu yang berkualiti serta mampu menyumbang kepada pembaikan dan keterbilangan generasi akan datang. Persaingan yang sihat ke arah penghasilan kualiti hendaklah disuburkan. Kualiti hendaklah dianggap sebagai suatu perlumbaan dan bukannya garisan penamat. Ini kerana apabila kualiti sudah berada di penghujung, maka segala idea daan reformasi minda akan menjadi bobrok.


    KESEJAHTERAAN EMOSI

    Seterusnya, kesejahteraan dan kestabilan emosi merupakan pelengkap kepada kerangka berseri dan model mithali generasi muda masa kini. Sebagaimana pemuda sering diprejudiskan sebagai kelompok yang bekerja secara terburu-buru dan kurang fikir, maka satu mekanisme diperlukan agar generasi muda menjadikan diri mereka golongan yang boleh diajak berbincang, sedia bertoleransi dan mahu menerima pendapat hasil pengalaman orang-orang tua yang lebih arif. Konsep syura dan musyawarah wajar untuk disebatikan di dalam budaya orang-orang muda. Ketahuilah bahawa sesungguhnya perjuangan menuntut kepada kefahaman yang jelas yang akan mencorakkan tindakan yang rasional dan tidak didasarkan dengan semangat semata-mata.

    Kata-kata seorang pujangga mungkin perlu direnungkan dan difikirkan secara wajar oleh generasi pewaris hari ini. Menurutnya, "Apabila seseorang itu menerima pendapat dengan penuh prejudis, maka seluruh bukti dan hujah yang rasional tidak lagi dapat mengubah pendirian. Ini kerana prejudis dan prasangka merupakan tembok yang menyekat kebenaran untuk memasuki mana-mana jiwa."

    Justeru itu, unsur-unsur emosi yang positif hendaklah dibajai ke arah lahirnya generasi muda yang mempunyai kekuatan, keberkesanan dan kecemerlangan menyeluruh. Saranan Profesor Dr. Mohd. Kamal Hassan, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia patut dijadikan panduan untuk memastikan unsur emosi yang membina mampu diterjemahkan di dalam segala aspek kehidupan.

    Menurut beliau, lima perkara yang perlu diambil kira sebagai pandangan atau penyelesaian di dalam dunia ilmiah dan di dalam bermunaqasyah ialah mendapatkan fakta dan data yang objektif tanpa menjejaskan kepentingan, mengumpulkan semua pendapat pro dan kontra, bertukar fikiran antara yang pro dan kontra, tunduk kepada pandangan yang haq (benar) serta berbincang dengan rasional tanpa emosi meluap-luap.

    Waima, inilah sebenarnya rahsia yang dituntut ke arah lahirnya generasi muda yang mampu mengadaptasikan seluruh kearifan fikiran dan kesejahteraan emosi di dalam segala gerak kerja kehidupan. Malah, inilah juga sesungguhnya premis terpenting bagi membina mercu tanda kejayaan dan sinar bintang kemenangan di masa hadapan.


    PENUTUP

    Sebagai kesimpulannya, di dalam pencarian model mithali generasi muda, empat elemen iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi hendaklah dipekukuhkan dan dimapankan. Keempat-empat elemen ini perlu saling lengkap-melengkapi di dalam pembentukan karakter dan jatidiri yang unggul. Pastinya ilmu, iman, berhimah tinggi dan hikmah merupakan transformer penganjak yang mesti diaktifkan dan dipastikan terus mengaliriurat nadi generasi seterusnya. Ingatlah bahawa sesungguhnya generasi hari ini penentu kemandirian generasi mendatang. Kitalah rijal dan nisa' penentu serta pembina hala tuju untuk masa depan agama, bangsa dan negara yang lebih "cemerlang", "gemilang" dan "terbilang"!

    ...DeMi MaSa yang menyaksikan!...

    ...BaCaLaH...
    Image hosting by Photobucket

    Ziarah ke Timur

    Md. Salleh Yaapar dengan jelas memaparkan pertimbangan kritis tentang unsur-unsur dan aspek-aspek teori dan metodologi kesusasteraan yang umumnya dikembangkan dalam konteks peradaban Barat moden dan pascamoden yang disogokkan ke atas kesusasteraan tempatan. Selari dengan itu, buku ini juga menampilkan dengan tegas undur-unsur teori dan metodologi kesusasteraan yang lebih berakar di bumi Timur dan yang lebih dirasakan kesesuaiannya untuk pemahaman dan penghayatan kesusasteraan daripada iklim yang sama.

    ...BuSa SuKMa...
    Image hosting by Photobucket

    -YeLDeRiN MuJaHeD-
    YELDERIN MUJAHED adalah nama pena kepada Mohd Mujahedd bin Mohd Nasir. Beliau dilahirkan pada 17 Mac 1985 bersamaan dengan 25 Jumaada al-Thaany 1405 di Hospital Besar Ipoh, Perak. Pada usia 18 tahun beliau melanjutkan pendidikan di kota bersejarah, Melaka.

    Sebagai seorang berbintang Pisces yang lahir di tahun ox menurut kalender Cina, Mujahed adalah seorang Pencari, bercita-cita tinggi, suka berkawan, pencinta seni dan pemikiran, suka berahsia, kadangkala suka bersendirian, berkeyakinan padu tetapi mempunyai kelemahan sukar menerima sesuatu perkara dengan mudah dan keras hati menurut mereka yang mahir.

    Ibu Mujahed ialah Khalidah Binti Yusof dan bertugas di FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority). Datuk beliau Yusof adalah berketurunan dari Bugis. Bapa Mujahed adalah Mohd Nasir bin Zakaria, berasal dari Telok Anson dan merupakan pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan Perak. Keluarga Mujahed sebelah bapa adalah besar, melebar hingga ke Batu Bara berketurunan Melayu Mandeling pada sebelah datuknya. Nenek dari sebelah bapanya berketurunan Raden Meka Terawih (Megat Terawis) berasal dari Pagar Ruyong dengan membawa nama keluarga Megat.

    YELDERIN MUJAHED mendapat pendidikan awal di Taski ABIM an-Nur Rahman, kemudian di Sekolah Kebangsaan Jelapang Perak, seterusnya di Sekolah Menengah Agama Ma'had al-Ummah sehingga ke Tingkatan Tiga. Lantaran kerana mahukan suasana berbeza, Mujahed meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Perak walaupun didesak oleh sebahagian gurunya supaya meneruskan pengajian di bidang agama.

    Mujahed kini menuntut di Universiti Multimedia (MMU) dalam bidang disiplin IT. Bercita-cita mahu meneruskan pendidikan di bidang disiplin Sains Politik pada peringkat sarjana.



    ...Lain Pantai, Lainlah Ombaknya...
    ...DeMi uMMaT...
    Image hosted by Photobucket.com

    Justeru kekurangan kerna takdir Tuhan, bantulah mereka - yang memerlukan.





    MaLaySia

    The WeatherPixie

    iSTanBuL-TuRKiYe

    The WeatherPixie


    Purun Harapan

    April 2005
    May 2005
    September 2005
    October 2005
    November 2005
    December 2005
    January 2006
    February 2006
    May 2006
    July 2006
    September 2006
    ::Copyright 2004
    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com