::Yelderin Territory::sebuah blog, suatu pendokumentasian, seorang pengarang, berjuta-juta kata dan hanya satu idea: kebebasan berfikir Islami:: <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/10133702?origin\x3dhttp://mujahed-madani.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

yelderin territory
It's nice to be different...

Aku bukan mahu menjadi kunang-kunang, sekadar menyeri kedam kelam, biar menjadi andang juang bintang @ rembulan,bisa menyinari alam malam, kendati ke dalam dada bumi yang penuh onak duri...

::Pesan terakhir :
Setitis tinta bisa mengubah minda sejuta manusia...
::Design with YeLDeRiN...
::Jaringan Utama::
  • ABIM
  • PKPIM
  • JIM
  • HMI
  • PII
  • GPTD
  • GpM
  • Jurnal


  • ::aWaL KaLaM::
    Image hosted by Photobucket.com


    Sebuah blog, suatu pendokumentasian, seorang pengarang, berjuta-juta kata dan hanya satu idea: kebebasan berfikir Islami di angkat menjadi tema besar blog yang bersifat NGI (Non Govermental Individual) ini. Penulis hanya berhasrat menjadikan blog ini sebagai tempat untuk mendokumenkan pendapat, luah rasa, pengalaman dan wadah berkongsi ilmu. Sesungguhnya penulisan di dalam blog ini merupakan pendapat peribadi penulis tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak atau organisasi.
    ::iNFoRMaSi TeRKiNi::







    Image hosted by Photobucket.com
  • Utusan
  • Berita Harian
  • The Star
  • Nst
  • Malaysia-Today
  • Harakah
  • AlJazeera
  • Cnn
  • World News


  • ::PaRa BLogGeR::
    Image hosted by Photobucket.com
    ...bLoG oRGaNiSaSi...

  • Gptd
  • SiSMa
  • PekKa
  • KeRiS GpTd
  • GpTd : Turkiye
  • aBiM MeSiR
  • iKaTaN

    ...bLoG-iNdiViDuaL...
  • AzWiRaLbHuHaiRi
  • k-RoLL
  • SaHaL FiKRi
  • HiLMi MaDaNi
  • NoiR KuDuS
  • DeLiaNuR
  • SaiFuLLaH
  • aLoNg
  • trancendence
  • SaNg aWaNa
  • PeMiKiR
  • StRidZ
  • bLaNkuRt
  • tekong
  • k-own
  • alFaiSal
  • LiyaNa
  • SaBau
  • SyeD
  • aM
  • SeLanGkaH


  • ::aGaK MeNaRiK::
    Image hosted by Photobucket.com

  • iYc
  • PaLeSTiN KiNi
  • HaRuN YaHYa
  • aRtiSLaMiC
  • iM
  • dR. CiNTa
  • SiFoO
  • UmMaH oNLiNe
  • MiNDa MaDaNi

  • Saturday, September 03, 2005
    Ilmu Sosial Profetik Sebagai Gerakan Intelektual; Refleksi Terhadap Manhaj Malize

    Ilmu Sosial Profetik Sebagai Gerakan Intelektual; Refleksi Terhadap Manhaj Malize

    oleh : Mohd Mujahedd Mohd Nasir
    * dibentangkan semasa sesi usrah selepas jumaat

    "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah..."

    (Surah Ali Imran : 110)

    Salah satu sebab dari terkebelakangnya umat Islam ialah kerana tidak tersangkutnya teori dengan praktik, atau ilmu dengan kenyataan. Kita (gerakan Islam) seolah-olah telah gagal mejadikan ilmu-ilmu Islam sebagai sarana untuk membaiki kondisi umat Islam. Kita hanya menyerahkan perkembangan sejarah umat kepada ilmu-ilmu normatif. Ilmu-ilmu sosial yang kita kembangkan hanya membuat orang terasing dengan dirinya atau lebih parah lagi membuat orang asing dengan Islam.

    Tradisi normatif, tradisi idealogis dan tradisi ilmiah adalah tiga tradisi keilmuan yang mesti di beri perhatian supaya perkembangan ilmu-ilmu Islam bersifat sintagmatis (syntax ialah pengaturan kata dalam kalimat), supaya tidak ada terobosan, tiada paradigma baru. Ilmu-ilmu Islam telah menjadi apa yang disebut Thomas S.Kuhn dalam The Structure of Scientific Revolution sebagai normal science. Cara mendapatkan paradigma baru itu ialah dengan mengubah komitmen.

    Komitmen tradisi normatif ialah dakwah, komitmen tradisi idealogis ialah politik dan komitmen tradisi ilmiah ialah ilmu. Paradigma baru itu harus mempunyai komitmen baru, iaitu bersifat ummatik (masyarakat, komuniti, rakyat, kaum dan bangsa). Paradigma baru itu akan kita sebut Ilmu Sosial Profetik.

    Faham atas ilmu sosial profetik

    Asal-usul intelektual Ilmu Sosial Profetik ialah dari buku Muhammad Iqbal Membangun Kembali Fikiran Agama dalam Islam. Dalam bab tentang "Jiwa Kebudayaan Islam" dengan mengungkapkan kembali kata-kata seorang sufi, Abdul Quddus, Iqbal memaparkan perbezaan kesedaran Rasul (kesedaran profetik) dengan kesedaran mistik. Abdul Quddus mengatakan : "Muhammad telah naik ke langit tertinggi lalu kembali lagi. Demi Allah aku bersumpah, bahawa kalau aku yang telah mencapai tahap itu, aku tidak akan kembali lagi."

    Ada empat hal yang tersirat dalam surah Ali Imran ayat 110 bagi mengungkapkan ciri faham ilmu sosial profetik iaitu (1) konsep tentang umat terbaik, (2) aktivisme sejarah, (3) pentingnya kesedaran dan (4) etika profetik. Pertama, konsep tentang umat terbaik. Umat Islam menjadi umat yang terbaik (kahira ummah) dengan syarat mengerjakan tiga hal sepertimana yang disebutkan dalam ayat tersebut yakni amar ma'ruf, nahi mungkar dan tu'minuna billah. Umat Islam tidak secara automatik menjadi umat yang terbaik jikalau tidak mengerjakan tiga perkara tersebut berlainan dengan konsep the chosen people, Yahudi, sebuah mandat kosong yang menyebabkan rasisme. Kedua, aktivisme sejarah. Bekerja di tengah-tengah manusia (ukhrijat li'lnas) bererti bahawa yang ideal bagi Islam ialah keterlibatan umat dalam sejarah. Justeru itu kegiatan bersifat wadat, uzlah dan gerakan mistik yang berlebihan bukanlah kehendak Islam, kerana Islam adalah agama amal. Ketiga, pentingnya kesedaran. Nilai-nilai ilahiah (ma'ruf nahi mungkar, iman) menjadi tumpuan aktivisme Islam. Peranan kesedaran ini membezakan etika Islam dan etika materialistis. Keempat, ilmu. Sebagai perlembagaan dari pengalaman penelitian dan pengatahuan, diharuskan melaksanakan ayat ini, amar ma'ruf (menyuruh kebaikan), nahi mungkar (mencegah kejelekan) dan tu'minuna billah (beriman kepada Allah). Ketiga-tiga unsur itu adalah unsur yang tak terpisah dari Ilmu Sosial Profetik. Justeru gerakan sosial profetik harus merupakan gerakan yang sedar sifatnya.

    Tonggak Ilmu Sosial Profetik sebagai Gerakan Intelektual

    Ayat 110, surah Ali Imran menurut perspektif disiplin ilmu Sosial Profetik mempunyai tiga unsur yang harus disantuni. Pertama, al-amr bil-ma'ruf, adalah bersifat humanisasi : dan tujuan humanisasi adalah untuk memanusiakan manusia atau dengan ungkapan lainnya membawa manusia kembali kepada fitrah kerana umat manusia kini sedang mengalami proses dehumanisasi yang ketara lantaran kesan daripadan industrialisasi dan globalisasi. Kedua, ungkapan Al-Quran : al-nahy `anil mungkar merupakan sesuatu yang menepati tuntutan umat dalam bentuk keterbukaan, emansipasi atau pembebasan umat dari kekejaman kemiskinan, keangkuhan teknologi, pemerasan akibat dari kekuatan ekonomi raksasa atau pembebasan umat dari kongkongan fikiran yang bersifat konservatif dan berbagai bentuk penindasan lainnya. Ketiga, seterusnya ungkapan tu'minuna billah menjelaskan fanomena transcendental iaitu hubungan manusia dengan Tuhannya. Dalam usaha menjelaskan fanomena humanisasi-emansipasi bersifat transcendental itu, ia memerlukan rekonstruksi pemikiran umat untuk menterjemahkan di tengah-tengah masyarakat. Justeru, dalam konteks ini ilmu sosial profetik merupakan sebagai gerakan intelektual.

    Refleksinya terhadap manhaj malize

    Dakwah wali songo

    Umumnya, kita mengenali wali songo hanyalah sebagai sembilan wali. Siapakah mereka ini dan bagaimanakah strategi dakwahnya sehingga berjaya mentranformasikan masyarakat Hindu Majapahit.

    Sebenarnya wali songo adalah dewan dakwah yang dianggotai oleh sembilan orang berilmu yang dinamakan wali. Dewan ini giat mengembangkan agama Islam seawal tahun 1400 Masehi di Tanah Jawa. Apabila ada ahli dewan yang meninggal akan diganti oleh ahli yang lain. Mereka ini adalah arkitek perancangan dakwah bagi memutuskan pendekatan-pendekatan yang terbaik bagi mengembangkan Islam.

    Falsafah Moh Limo

    Sunan Ampel atau Raden Rahmat adalah sesepuh wali songo atau ketua Dewan Dakwah di kalangan wali-wali atau sunan. Ketika beliau datang ke Tanah Jawa, kerajaan Majapahit sedang bergelut dengan perang saudara dan mengalami kebejatan sosial yang sangat parah. Beliau menumpukan perhatian kepada masalah sosial yang melanda dengan mengenalkan falsafah
    Moh Limo iaitu ;

    1) Moh Main atau tidak mahu berjudi

    2) Moh Ngombe atau tidak mahu minum arak

    3) Moh Maling atau tidak mahu mencuri

    4) Moh Madat atau tidak mahu menghisap ganja, dadah, candu dan lain-lain.

    5) Moh Madon atau tidak mahu berzina

    Raja Majapahit, Prabuwijaya yang beragama Buddha amat senang dengan falsafah Moh Limo ini kerana telah berjaya menyahkan gejala sosial secara berkesan. Kerana itu, Sunan Ampel diberi kebebasan untuk menyebarkan Islam ke seluruh kawasan jajahan Majapahit.

    Dalam konteks sekarang di Malaysia, kita berhadapan dengan al-mungkar yang didokong dan ditaja oleh syarikat korporat seperti judi (Empat Nombor Ekor, Genting Highland), arak (Carlsberg, Guinness Stout), zina (rancangan hiburan yang ditaja oleh syarikat televisyen yg menggalakkan pergaulan bebas), dadah (syarikat rokok seperti Dunhill, Marlboro dan lain-lain). Mungkin falsafah Moh Limo berkesan bagi strategi dakwah kepada badan dakwah di Malaysia dengan kerajaan.

    Aliran Tuban atau Ambangan

    Sunan Kalijaga atau Raden Said mempunyai historis yang cukup menarik dalam melebarkan ruang dakwah. Sebagai seorang bangsawan yang berjiwa rakyat, beliau cukup mengerti bagaimana cara untuk mengembangkan dakwah secara halus dan bertahap di kalangan masyarakat Jawa yang majoritinya beragama Hindu dan Buddha. Umumnya gerakan dakwah dari wali songo mempunyai dua pendekatan yang berbeza. Walaupun demikian ianya bersifat saling lengkap melengkapi. Pendekatan pertama melalui pendekatan tauhid yakni menekankan soal tauhid asas keimanan dan setelah kefahaman mantap dengan sendiri manusia itu akan berubah dengan sendirinya meninggalkan perkara khurafat dan kekufuran.

    Pendekatan yang kedua di kenali dengan aliran Tuban atau ambangan yang menggunakan pendekatan halus melalui dua tahap. Tahap pertama menghindarkan konfrontasi secara langsung atau secara kekerasan dalam menyiarkan agama Islam. Umpama menangkap ikan tapi tidak mengeruhkan airnya. Tahap kedua adalah mengubah adat dan kepercayaan secara halus dengan melakukan pengubahsuaian dan membiarkan dulu yang sukar dan terlalu tebal kepercayaan untuk diubah pada masa dan suasana yang sesuai.

    Dengan adanya dua aliran ini, satu mementingkan kualiti (aliran tauhid) dan satu mementingkan kuantiti, maka berlakulah satu senergi yang sihat dalam penekanan dakwah. Hal ini begitu jelas pabila Sunan kalijaga mengusulkan agar adat istiadat Jawa seperti selamatan, bersaji, kesenian wayang dan gamelan diberi ciri-ciri keislaman. Adat istiadat lama yang masih boleh diarah kepada agama tauhid akan diberikan warna Islam sedangkan adat dan kepercayaan lama yang menjurus kepada kemusyrikan akan ditinggal terus.

    Sikon MMU dalam pelaksanaan manhaj malize

    Situasi dan kondisi di MMU dilihat seakan-akan menghambat gerakan dakwah sedangkan kita punyai ruang jalur dakwah yang cukup lebar. Desa Tercinta (DT), Riaksmey Malaysia (RM) dan OPKIS dilihat suatu wadah yang cukup berkesan untuk mendidik umat, samada kepada diri sendiri atau masyarakat. Kita seharusnya berpatisipasi secara serius demi menyaksikan semula kebangunan Islam. Konsep Malam Gema Budaya yang digagaskan perlu diteliti dan diperhalusi supaya menyebarluaskan peranan dakwah kita.


    ...DeMi MaSa yang menyaksikan!...

    ...BaCaLaH...
    Image hosting by Photobucket

    Ziarah ke Timur

    Md. Salleh Yaapar dengan jelas memaparkan pertimbangan kritis tentang unsur-unsur dan aspek-aspek teori dan metodologi kesusasteraan yang umumnya dikembangkan dalam konteks peradaban Barat moden dan pascamoden yang disogokkan ke atas kesusasteraan tempatan. Selari dengan itu, buku ini juga menampilkan dengan tegas undur-unsur teori dan metodologi kesusasteraan yang lebih berakar di bumi Timur dan yang lebih dirasakan kesesuaiannya untuk pemahaman dan penghayatan kesusasteraan daripada iklim yang sama.

    ...BuSa SuKMa...
    Image hosting by Photobucket

    -YeLDeRiN MuJaHeD-
    YELDERIN MUJAHED adalah nama pena kepada Mohd Mujahedd bin Mohd Nasir. Beliau dilahirkan pada 17 Mac 1985 bersamaan dengan 25 Jumaada al-Thaany 1405 di Hospital Besar Ipoh, Perak. Pada usia 18 tahun beliau melanjutkan pendidikan di kota bersejarah, Melaka.

    Sebagai seorang berbintang Pisces yang lahir di tahun ox menurut kalender Cina, Mujahed adalah seorang Pencari, bercita-cita tinggi, suka berkawan, pencinta seni dan pemikiran, suka berahsia, kadangkala suka bersendirian, berkeyakinan padu tetapi mempunyai kelemahan sukar menerima sesuatu perkara dengan mudah dan keras hati menurut mereka yang mahir.

    Ibu Mujahed ialah Khalidah Binti Yusof dan bertugas di FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority). Datuk beliau Yusof adalah berketurunan dari Bugis. Bapa Mujahed adalah Mohd Nasir bin Zakaria, berasal dari Telok Anson dan merupakan pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan Perak. Keluarga Mujahed sebelah bapa adalah besar, melebar hingga ke Batu Bara berketurunan Melayu Mandeling pada sebelah datuknya. Nenek dari sebelah bapanya berketurunan Raden Meka Terawih (Megat Terawis) berasal dari Pagar Ruyong dengan membawa nama keluarga Megat.

    YELDERIN MUJAHED mendapat pendidikan awal di Taski ABIM an-Nur Rahman, kemudian di Sekolah Kebangsaan Jelapang Perak, seterusnya di Sekolah Menengah Agama Ma'had al-Ummah sehingga ke Tingkatan Tiga. Lantaran kerana mahukan suasana berbeza, Mujahed meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Perak walaupun didesak oleh sebahagian gurunya supaya meneruskan pengajian di bidang agama.

    Mujahed kini menuntut di Universiti Multimedia (MMU) dalam bidang disiplin IT. Bercita-cita mahu meneruskan pendidikan di bidang disiplin Sains Politik pada peringkat sarjana.



    ...Lain Pantai, Lainlah Ombaknya...
    ...DeMi uMMaT...
    Image hosted by Photobucket.com

    Justeru kekurangan kerna takdir Tuhan, bantulah mereka - yang memerlukan.





    MaLaySia

    The WeatherPixie

    iSTanBuL-TuRKiYe

    The WeatherPixie


    Purun Harapan

    April 2005
    May 2005
    September 2005
    October 2005
    November 2005
    December 2005
    January 2006
    February 2006
    May 2006
    July 2006
    September 2006
    ::Copyright 2004
    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com