Md. Salleh Yaapar dengan jelas memaparkan pertimbangan kritis tentang unsur-unsur dan aspek-aspek teori dan
metodologi kesusasteraan yang umumnya dikembangkan dalam konteks peradaban Barat moden dan pascamoden yang disogokkan
ke atas kesusasteraan tempatan. Selari dengan itu, buku ini juga menampilkan dengan tegas undur-unsur teori dan metodologi
kesusasteraan yang lebih berakar di bumi Timur dan yang lebih dirasakan kesesuaiannya untuk pemahaman dan penghayatan
kesusasteraan daripada iklim yang sama.
YELDERIN MUJAHED adalah nama pena kepada Mohd Mujahedd bin Mohd Nasir.
Beliau dilahirkan pada 17 Mac 1985 bersamaan dengan 25 Jumaada al-Thaany 1405 di Hospital Besar Ipoh, Perak.
Pada usia 18 tahun beliau melanjutkan pendidikan di kota bersejarah, Melaka.
Sebagai seorang berbintang
Pisces yang lahir di tahun
ox menurut kalender Cina, Mujahed adalah seorang Pencari,
bercita-cita tinggi, suka berkawan, pencinta seni dan pemikiran, suka berahsia, kadangkala suka bersendirian,
berkeyakinan padu tetapi mempunyai kelemahan sukar menerima sesuatu perkara dengan mudah dan keras hati menurut mereka yang mahir.
Ibu Mujahed ialah Khalidah Binti Yusof dan bertugas di FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority).
Datuk beliau Yusof adalah berketurunan dari Bugis. Bapa Mujahed adalah Mohd Nasir bin Zakaria,
berasal dari Telok Anson dan merupakan pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan Perak.
Keluarga Mujahed sebelah bapa adalah besar, melebar hingga ke Batu Bara berketurunan Melayu Mandeling pada sebelah datuknya.
Nenek dari sebelah bapanya berketurunan Raden Meka Terawih (Megat Terawis) berasal dari Pagar Ruyong dengan membawa nama keluarga Megat.
YELDERIN MUJAHED mendapat pendidikan awal di Taski ABIM an-Nur Rahman, kemudian di Sekolah Kebangsaan Jelapang Perak,
seterusnya di Sekolah Menengah Agama Ma'had al-Ummah sehingga ke Tingkatan Tiga. Lantaran kerana mahukan suasana berbeza,
Mujahed meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Perak walaupun didesak oleh sebahagian gurunya
supaya meneruskan pengajian di bidang agama.
Mujahed kini menuntut di Universiti Multimedia (MMU) dalam bidang disiplin IT.
Bercita-cita mahu meneruskan pendidikan di bidang disiplin Sains Politik pada peringkat sarjana.
...Lain Pantai, Lainlah Ombaknya...
...DeMi uMMaT...

Justeru kekurangan kerna takdir Tuhan, bantulah mereka - yang memerlukan.

MaLaySia
iSTanBuL-TuRKiYe
Purun Harapan
April 2005
May 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
May 2006
July 2006
September 2006
|